Pages

Wednesday 29 July 2015

Surat Edaran | Klinik Badminton ST Mary

Klinik badminton untuk murid-murid tahun 3,4,5.
Klinik ini akan diadakan pada 8 Ogos 2015 jam 0830-1300.

Jurulatih yang terlibat ialah jurulatih bertauliah KL.
Terhad kepada 50 orang peserta yang terawal.
Yuran hanya rm15 sahaja.

Tuesday 28 July 2015

Surat Edaran Majlis Sambutan Hari Raya 2015

Surat Edaran Majlis Sambutan Hari Raya 2015. Semua warga ST Mary dijemput hadir (ibu bapa, murid dan guru - guru)


Kita akan mengadakan pertandingan menghias gerai...Gerai yang tercantik akan mendapat hadiah..

Di harap semua bekas guru sk st mary dapat hadir bersama-sama bagi memeriahkan lagi majlis itu nanti

Kita juga akan mengadakan Cabutan Bertuah...Jadi kami mohon kerjasama dari ibubapa...sudilah kiranya menyumbang sebarang bentuk hadiah utk dijadikan hadiah cabutan bertuah tersebut...(ala-ala 'ex-change gift' gitu... wink emoticon

Friday 10 July 2015

Sumbangan Duit Raya Oleh Individu

Sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim 

 Terima kasih atas sumbangan yg dihulurkan.

Jumaat bersamaan 10 Julai 2015




Thursday 9 July 2015

Karnival Perpaduan Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan 2015 | Iffah Adani

TAHNIAH...
Iffah Adani bt Kamarul Hisyam(5J)


Telah terpilih mewakili sek st mary ke "Karnival Perpaduan Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan 2015"...
pada 27-29 Julai 2015 bertempat di Emaslink Pacific Hotel, Kota Bharu Kelantan dalam kategori "Bercerita Tahap 2"

Kami seluruh warga sk st mary sangat bangga dengan kamu dan semoga kamu berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan pulak...aamiin...

Tahniah kepada guru2 yang membimbing dan tahniah juga kepada ibu bapa yang memberi sokongan dan kasih sayang....

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR 2015

semoga berjaya dalam percubaan UPSR kali ni .. 
Usaha yang terbaik wahai Puteri St Mary ... 





Monday 6 July 2015

Surat Makluman Cuti Sekolah Hari Raya 2015

Surat Makluman Cuti Sekolah


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Friday 3 July 2015

Aktiviti Tadarus Al-Quran di surau bagi Tahap 1

Program Tadarus Al – Quran bagi murid tahap 1 diadakan di Surau Sekolah.






Cadangan Khidmat Rela Demi Keselamatan Murid

Surat maklum balas ibubapa mengenai RELA telah diedarkan melalui murid2. Diharap semua ibu bapa dapat memberi kerjasama …terima kasih…



Laman Web Semak Keputusan Peperiksaan Murid

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :
 1. Pergi ke laman web SAPS – http://sapsnkra.moe.gov.my. Kemudian, click Semakan Ibu Bapa.
2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar  (TANPA “-” atau “SPACE”) dan pilih sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.
Semakan Ibu Bapa
3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no. telefon, no. k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih  jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, click Papar Slip.

Program Tadarus Al-Quran Tahap 2 Di Dewan SK ST Mary

Program Tadarus Al – Quran dijalankan sepanjang bulan ramadhan bagi murid yang beragama Islam. Program ini dijalankan pada waktu rehat iaitu selamat 20minit bermula jam 10.45 pagi hingga 11.05 pagi. Program ini berlangsung di Dewan Utama Sekolah St. Mary.